Thursday, 6 April 2017

Mekah Al-Mukarramah ( 28/2/2017 - 8/3/2017 ) (Part III)

Hari Ketujuh (06/03/2017)

Hari ni ada lawatan khas ke Taif. Taif lebih kurang cam Cameron Highland, sb cuaca sejuk n tanah subur. Perjalanan ke Ta'if mengambil masa 2 jam 45 camtu...Sampai Ta'if, ada tour guide kat sana yg bercakap mengenai bandar tersebut not our mutawwif. 

Destinasi pertama, melawat ke Masjid Ibn Al Abbas. I seriously forgot what happened here. Mcm ingat2 lupa...tp better x yah ckp sb nnt takut tersalah bagi fakta...huhuhu

Next pergi ladang anggur, tp tempat tu dah jadi ladang sayur sekarang, kisah die camni, Dulu Nabi berdakwah di Taif, Nabi dihina dibaling dgn batu dan mcm2 lagi lah. Lepas tu Nabi berehat dibawah pokok anggur, Seorang hamba ni telah beri anggur kepada Nabi yg duduk bawah pokok anggur tersebut. Cerita sy tak lengkap, cme ringkasan je...Boleh la google klo nak tahu lebih lanjut ^^

Selepas ladang anggur, bas bergerak menuju ke Masjid siku atau masjid Ku'. Masjid ni x besar mana pon. Besar dia mcm surau je. Tp mutawwif kami kata penduduk Taif tak nak bagi tahu apa yg terjadi dkt situ. So muttawif kami bgtahu yg Nabi pernah bersolat dan duduk dalam keadaan bersiku di masjid tersebut.

Habis je melawat masjid siku, kami pon terus pergi makan tengah hari, and you know what, diorg bg Nasi Ayam Mandyyyyyyyy~~~~ owwwyeaahhhhhh....lebiu lebiu....
sedap weh..huhu...nikmat..Alhamdullilah...

Mandyyyyyyyyy



We do it like the Arab 

Orenji Jus~seu
Selesai makan tengah hari, bas bergerak ke Pasar buah, malangnya time kami datang bukan musim buah dan kebanyakkan buah kat situ diimport dari negara lain.. Musim buah di Taif  jatuh pada bulan Ogos.. Import x import cekau jgk strawberry, pisang, anggur n manga sb murah..hehehe

Next, ladang ros, masa atas bas diberitahu yg sekarang musim bunga ros. So dok pikir la yg bunga ros penuh satu ladang and ada bau wangi. Realitinya, bila dah sampai kat ladang, satu kuntum pon x nampak weh....daun je *krik krik* *krik krik*...i dunno baru petik kot...Padahal dlm bas td tourguide tu ckp yg "you are very lucky because now is the season of rose" (hashtag kbai)... Diorg bagi minum teh ros, sedap n wangi teh die,..Pastu tour guide tu bagi bau bunga ros, sumpah lagi wangi dr bunga ros yg lain, bau die kuat n of coz wangi...amik ros tu msuk beg...hahahaha

Wangii~~~
Habis tour kat Taif, bergerak balik ke Mekah, berhenti dekat kwsn miqat Qarnul Manazil. My second umrah....Sampai hotel dah nak dekat maghrib so jwpnye buat umrah after Isyak..Habis buat umrah dalam pukul 11 lebih...Balik, mandi, tido!


Saie with Dad


Selesai my second umrah

Ayah bertahlul...kasi botak licin..hihihi

End of Day 7

Hari Kelapan (07/03/2017)

Hari kelapan demam+batuk+selsema (triple combo) melanda...huuuuu so byk terlentang atas katil x dpt nak g tahlil yg Andalusia buat, pergi masjid pon tak sb sakit pale bagai...So berehat kat hotel. Malam ni pulak ada program nak daki Jabal Nur (Bukit Thur)... Dah pikir nak naik ke tak nak. Duit dah bayar 25Riyal. Daki bukit Thur juga adalah aktiviti tambahan dari Andalusia. Memula cam tak nak pergi sb parents n my sis pon x pergi,...Pastu fikir, klo nak cepat demam kebah kene keluarkan peluh, So pergilah kita mendaki bukit Thur.


Berkumpul di lobi pkl 9.30 malam...Bas bergerak menuju ke bukit Thur. Perjalanan mengambil masa dalam 20 ke 25 minit. Sampai je sana kene naik van untuk sampai ke kaki bukit... Serius die bwk van dah mcm roller coster..mmg mutawwif ada bgtahu...tp rasenye driver tu sgaje drama lebih...hahaha..nywy mmg best sgt tp sekejap je, x sampai 1 minit.... makcik2 yg dah tue2 sume dah mengucap panjang dalam van tu.... Serius die bwak laju n membelok like there is no tommorow...

Sampai kaki bukit, kene tunggu yg lain sb ade satu van je...Nak naik ke bukit ada jalan yg curam, curam die bkn curam yg biasa, curam die curam yg curam yg x leh berdiri...get what i mean... see the picture...




Curam kan kan kan
Pukul 10.30 baru nak naik tangga ke atas..,beribu2 tangga,...Mutawwif kata tangga ni di buat oleh org yg minta sedekah kat situ..So kalau sesape nak hulur tu boleh la...tangga die is no joke weh...Pancit juga lah 3,4,5,6 kali....Ada makcik yg umur 70 something boleh panjat bukit ni dan sampai dulu drpd I yg muda mudi remaja ini...huhu...Tp bila dah sampai puncak it was a stunning view...cantik sangat view dekat atas boleh nampak Menara Jam..


Menara jam
Dekat atas ni juga, terletaknya Gua Hira, iaitu tempat
Nabi menerima wahyu pertama. Tempat ni juga Nabi mengasingkan diri daripada Arab Jahiliyah..Selain itu, kagum dgn Isteri baginda Saidatina Khatijah yg mendaki bukit Thur untuk menghantar makanan kepada baginda...Nak masuk kat dalam gua ni kene selim melim kan badan sb  a bit sempit..Tak ingat sampai puncak pkl berapa tp turun bukit dalam pkl 1 pagi..
Naik van yg sama masa turun pastu naik bas...Sampai hotel dlm pkl 2pagi,..

Kempis kan badan anda untuk masuk



View die cantik sgt
End of Day 8

Hari Kesembilan (08/03/2017)

Hari terakhir berada di Kota Mekah Al-Mukarramah, sb nak bergerak ke Madinah Al- Munawwarah, Kene buat tawaf Wida', tawaf selamat tinggal....Dalam pkl 10 tu buat tawaf Wida..Lepas buat tawaf Wida ni ada benda yg tak boleh kita buat contohnya sperti beli belah, melengah2kan masa untuk tinggalkan kota Mekah kecuali untuk tunggu kenderaan. Lepas tu x leh tido or baring.. Kalau buat nanti tawaf Wida x sah...kene buat balik... So buat tawaf Wida  dalm pkl 10...gerak ke Madinah dalam pkl 3.30...nak tahan supaya x tido tu weh.. huhu..

Mutawwif cadangkan buat 6 pusingan lepas tu solat zohor, after solat zohor buat lagi 1 pusingan...atleast masa menunggu tu xde la lama sgt kan....
tp my parents nak buat awal sebab x nak bersesak or kelam kabut masa nak bergerak ke Madinah....Jadi kene la tahan perasaan nak tido tu...huhuhu dah la mlm td tido lambat... Tahan je la sambil main internet kat lobi....

Pukul 3.30ptg bas sampai bergerak ke Madinah, sedih nak tinggalkan Mekah, Harap dijemput lagi...Amin Ya Rabbal Alamin...


bersambung......
Continue Reading :



No comments:

Post a Comment

JJCM Hat Yai (3-5 August 2018) Part III

Hari ke-3 Kalau nak ke Samila beach, Songkhla kene naik mini bus kat Clock tower. Yang paling x masuk akal for me is tambang dia. 25-30 ...