Assalamualaikum semua,
Entry kali ini mengenai kemalangan yg saya alami masa bulan puasa pada 12/6/2016. Masa tu otw balik rumah dari Puncak Alam. Masa dekat traffic light simpang empat persiaran Mokhtar Dahari depan UiTM Puncak Perdana ada kereta tak brek pastu langgar my baby Iriz, Masa tu traffic light merah, Ini kali pertama kemalangan.. serius terkesima, terkejut, takut semua ada .. huhuhuhu...sedih broooo...
![]() |
| Huhuhu T_T my heart hurts to see you like this |
![]() |
| Kereta yg langgar my baby Iriz |
Waktu kejadian dalam pukul 5.00 ptg, dan hujan sgt lebat risau juga time tu... tp sudah takdir...terima sahaja... Baiklah, macam saya wanita typical (uhuk! uhuk! not that typical la~~) tak tahu nak buat apa lepas kemalangan. Jadi ikutilah step dibawah ye. Harap dapat membantu, kalau ada yang terlepas silalah readers' sekalian memberikan komen di ruang yg disediakan.
1. Periksa kereta anda teruk atau tak, kalau teruk terus call towing yg boleh dipercayai sb nak kurangkan masa menunggu, Macam saya Proton ada nombor kecemasan, so senang. Jgn percaya towing yg datang kat anda offer memacam sb nanti melayang bukan ratus, ribu tau. Masa sy kena nie ada budak towing datang paksa2 suruh amik towing diorang. Kalau datang 1-2 org tak pe la.. Nie dia bawak satu kampung die lebih 10 org....Mmg scary. Nak2 time tu sengsorang.. mmg diorg tunggu sampai towing saya sampai, selagi tak sampai selagi tu diorg paksa... sebaik bulan puasa.. klo x, mmg hangin kat situ...cakap tak paham bahasa..
2. Pergi dekat orang yg langgar kita..kalau boleh snap gambar dan I/C dan lesen memandu org tu. Tak lupa juga keadaan kereta dia. In case kalau dia lari ke kita da bukti semua tempat tinggal. Tp kalau dia tak nak bagi kad pengenalan dan lesen senang amik gambar road tax dengan gambar kereta dia..
3. Call org yg disayangi..bagi tau anda kemalangan. (Penting!)
4. Lepas towing dah sampai, pergi report polis. Kalau yang sebelah sana tak buat report leave it to the police. Janji kita buat report sb kalau kita tak buat sb deal dgn dia nak kawtim blakang nanti jadi masalah di masa hadapan and time tu klau buat report.. Sorry to say you have to pay RM300...
5. Inform pihak insurans. Since sy under Proton diorg yg buat tapi mengikut SOP nye kene claim atas insurance saya Knock-for-Knock Own Damage (KFK-OD) baru claim atas insurans org yg melanggar. Road tax kalau nak renew jgn riso tak usik No-Claim discount (NCD) kalau bukan salah kita hokey...
6. Pergi hospital buat check-up. Nak tgk kalau2 ada luka dalaman.. Selalunya kesan kemalangan akan terasa lepas 2-3 hari. Tp elok buat cecepat...
7. Lepas tu follow-up dgn org bengkel sampai kete siap.
8. Lepas kereta siap, Proton ada keluarkan surat untuk tuntutan Loss of Use untuk kita claim dekat insurer 3rd party, selama mana kereta kita tersadai dekat bengkel, tp ianya di kira dari tarikh adjuster insurans buat pernilaian sampai lah kereta siap bukan dari first day kete masuk bengkel and sampai collect kereta. Make sure u claim kalau tak untung la syarikat insurans..hehe.
Ok, pembaca tersayang jikalau ada salah silap bagi steps diatas silalah beri cadangan di bawah ye..
Berhati-hati di jalan raya.Ingat yang tersayang. Biar lambat asal selamat. (habis dah kuar iklan XD)
Thanks 4 reading ^^

